result kali ni menurun sedikit.. tp xpe.. sesuailah dgn usaha sy.. alhamdulillah x meroyan mana pun.. haha..
balik-balik je dr kampung orang asli, terus rasa sedih.. pertama, sedih sebab tinggalkan keluarga2 angkat dan juga adik-adik di kampung tu.. kedua, sebab kecewa? dengan kawan? hurm x kisah lah.. yang penting ianya dah buat saya sedar supaya tidak terlalu mempercayai kawan-kawan.. rasa trauma pun ada kadang-kadang dgn kejadian ni.. mungkin saya yg 'over-sensitive', who knows.. haha..
waktu kat kampung, kami dikejutkan dengan berita pemergian ibu salah seorang sahabat kami bernama sarah.. memang dah ketentuan Allah untuk tidak membenarkan sarah ikut serta dengan kami ke kg orang asli tapi menemani ibunya di saat-saat akhir.. anda amat tabah, sarah! takziah kepada sarah dan keluarganya. peristiwa yang menimpa sarah betul-betul banyak mengajar saya. waktu menziarahi sarah ke rumahnya, saya risau sangat yang saya akan menangis di hadapannya dengan secara tidak sengaja. ketika itu, saya hanya mampu merenung mukanya tanpa berkata apa-apa. saya tak mampu untuk lakukan apa-apa untuk sarah.. di benak hati ni, kami semua mengetahui betapa sedihnya sarah dan betapa sukarnya dia untuk menahan kesedihan itu di hadapan kami namun dia berjaya mengukir senyuman. sarah, aku tau kau seorang yang sangat kuat. aku sayang kat kau and i will cherish u as my friend even though i always failed to do so.
semoga rohnya arwah ibu sarah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org-org yang beriman.amiin~~
shortsem kali ni insyaAllah akan ambil dua subjek.. tp setakat ni satu je yang dapat. lagi satu tak tau la bakal dapat atau tak.. lepas tu, mungkin juga akan kerja part-time.. huuu~~ sebelum ni kerja kat zoo.. pengalaman yang amat menarik.. di situ jugalah personaliti saya berubah menjadi semakin kasar ala-ala tomboi sebab sorang je perempuan waktu tu.. kawan-kawan semua lelaki... semua India.. memang mantap lar.. tapi berkawan dengan mereka amat best.. bos pun baik gilerr.. kali ni harap-harap dapat cari kerja jugak..
lepas ni, semua kisah lama harus dilupakan.. mula buku baru..
No comments:
Post a Comment