"nak ikut gi satu program ni x? bdk2 dia sgt best..."
aku pun jawab dgn nada yg sgt teruja sbb aku suka bdk2 (kot), "kat mane? program ape? nak nak! "
"ok, nanti pape sy bagtau.. no brape?" ..
" 019-xxxxxxx", jawab aku kpd seorang pemuda yg br2 sahaja dikenali dlm program kecemerlangan sk senai di johor..
perbualan prtama aku bersama dia tanpa ber-taaruf terus berbicara mengenai satu program yg mengubah hidup aku.. tanpa ada prasaan pelik atau awkward atau segan dan sewaktu dgnnya apabila seorang lelaki yg kita x kenal pun meminta no dan mengajak aku mengikuti program tersebut, aku terus menjawab prtanyaannya dan tanpa brfikir dua kali aku terus menerima ajakannya utk mengikuti prog itu..
kalau org lain mesti rasa pelik, kan? mungkin disebabkn aku yg pd waktu itu hanya memikirkan tentang bagaimana masa aku akan dihabiskan brsama bdk2.. sampai skrg pun sebenarnya aku x sangka yang aku boleh terima ajakan org yg aku x kenal sgt, hanya sekadar mengenali rupa dan nama sahaja..
lebih kurang 2 minggu lepas tu, aku dpt msg dr dia.. "ada prog di kelantan, 18-25 April ni. nak join? "
terus aku jawab tanpa pikir dua kali.. " nak nak!! " .. "okay, bg nama penuh, ic, matric no"..
dah lepas setuju semua baru aku terpikir, eh aku ni baru je kenal dia.. percaya mcm tu je nak ikut dia.. dah la aku x kenal siapa-siapa selain dia...baru nak rasa segan bagai...haha .. waktu tu, baru persoalan2 sedemikian berlegar2 di minda..
erm lantak la.. aku pergi dengan satu tujuan..
yakin Allah sentiasa bersama..
kemudian, bermulalah rentetan peristiwa hidup aku bersama COMRADE.
Program Islamic Practical Teaching for Orang Asli atau lebih dikenali sbg IPTA byk mengajar aku tentang erti kehidupan.. banyak mengajar aku sesuatu yang aku tidak dpt pelajari di tempat lain. banyak mengajar tentang perbezaan yg ada pd diri setiap manusia ciptaan Allah ini..
di sini aku belajar utk menghormati org yg lebih tua.. aku belajar bagaimana berkomunikasi dgn ibu bapa, bagaimana menjaga hati dan perasaan org lain terutamanya ibu bapa aku sndiri.. alhamdulillah setelah setahun lebih aku brsama COMRADE, aku dapat merasai perbezaan hubungan antara aku dan ibu bapa aku.. in shaa Allah bertambah baik.. alhamdulillah..
di sini juga aku merasakan bahawa setiap dari kita harus menjadi seorang dai'e.. dulu aku tertanya-tanya, cukup layakkah aku utk berdakwah kpd org lain, cukupkah ilmu aku utk menyampaikan kebenaran dan kecantikan Islam itu..
alhamdulillah, aku mengerti sesuatu. da'wah tidak perlu menunggu seseorang itu utk menjadi sempurna. yang penting kesungguhan dan keikhlasan dlm berjuang di jalan Allah.. biar sedikit, biar kecil, asalkn dapat memberi manfaat walaupun sebesar zarah kepada org lain. satu lg, yg penting biar apa yg kita sampaikan itu merupakan sesuatu yg kita yakin akan kebenaran dan kesahihan perkara itu.. jd, utk memastikan apa yg kita sampaikn itu benar, belajar.. dan lebih baik lagi kalau kita bertalaqqi, yakni kita memperoleh ilmu itu terus dr seorang guru supaya pemahaman kita lebih jelas dan In shaa Allah perkara yg disampaikn itu sahih.
tp mmg susah nk istiqamah bila nk belajar ni.. takpe, sikit2 lama2 jadi bukit.. In shaa Allah..
berbalik kepada COMRADE, rata2 ahli-ahlinya bukanlah orang2 yg betul "ustaz" atau "ustazah".. kebanyakannya semua seperti aku.. mencari erti kehidupan dalam menyampaikan da'wah.. tp, konfemlah mereka lebih berpengetahuan agama berbanding aku.. jauh bagai langit dan bumi.. haha ^^
masih jauh lagi perjalanan aku.. aku hanya mampu berdoa dan berharap agar aku akan sentiasa tegak berjalan di jalan yg Dia redhai.. amiiin~
sedikit cebisan gambar2 sebelum aku cerita lagi pasal kg angkat pertama aku..
waktu sesi Helwani.. petang2 utk kaum2 ibu warga kampung
naik lori utk masuk ke kawasan kampung.. mengambil masa lebih kurang dlm 20- 30 minit jugak lar..
bersama adik2
kami x ajar adik2 buat peace tau (erm.. mcm ye je senanyer..huhu)
dengan nak (panggilan bg mak utk suku kaum Bateq)
Alhamdulillah, Allah telah mempertemukan aku dgn sahabat yg aku paling percaya dan sayang yg mengenalkan aku kpd COMRADE.. syukran ya sohibi!